Backgrounds

Pendarahan Ketika Hamil

Semasa mengandung pada trimester pertama adalah penting bagi bakal2 ibu mempunyai pengetahuan berkaitan perkara sebegini.Last week slps mandi i bersiap nk g pasar minggu actually,tp terpersan pulak ada bleeding sikit(berdarah sedikit) i punya lah nervous n ingatkan takda papa belaku,tp mak i cakap mesti check sbb takut perkara tak diingini berlaku so i & husband i terus bergegas untuk membuat pemeriksaan pada hari tersebut jugak.Mana tak nyerrr,,,i yang 1st preggy dalam family i kn...so mestila my fmly bgung..hihhih saya bernasib baik kerana tiada komplikasi keatas janin dan doktor mengesahkan kandungan selamat. Waktu itu saya mendapatkan pemeriksaan di Klinik Swasta(klinik panel UNIMAS).

Sebagai info, pendarahan (seperti saya ini) boleh berlaku dari hanya setompok darah hinggalah kepada pendarahan yang berlebih-lebihan. Ia boleh jadi ringan dan kadang-kadang boleh mengancam nyawa ibu itu sendiri dan janinnya. Pendarahan semasa mengandung boleh berlaku berpunca dari pelbagai sebab. Ia boleh berlaku di peringkat awal atau akhir kehamilan. Jika bakal ibu itu mengalami pendarahan pada bila-bila masa ketika mengandung, adalah amat penting baginya memberitahu doktor ataupun bidan dengan segera.

Antara punca berlakunya pendarahan ialah keguguran, kehamilan ektopik(diluar rahim) dan kehamilan molar bagi peringkat awal mengandung, bagi peringkat akhir kandungan pula punca terdiri dari abrupsi plasenta, plasenta previa dan kelahiran berdarah. selain itu terdapat punca2 lain iaitu ektropion (perubahan di pangkal rahim yang tidak merbahaya yang berlaku di pertengahan kedua kehamilan), jangkitan pada faraj atau kecederaan, sebab-sebab yang berkaitan dengan pangkal rahim atau serviks (polips, neoplasia atau servisitis), pendarahan selepas persetubuhan dan 50% dari pendarahan yang berlaku ialah di trimester pertama di mana puncanya tidak diketahui.

Tidak semua pendarahan menandakan komplikasi. Namun pendarahan juga merupakan tanda keguguran atau lain-lain komplikasi seperti anemia dll. Kebanyakan pesakit di trimester pertama (3 bulan pertama) yang mengalami pendarahan tidak perlu dimasukkan ke hospital. Bagi yang memerlukan, biasanya, mereka hanya dikehendaki berehat di katil dan diawasi rapi. Pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan memerlukan pemantauan dalam hospital. Jika pendarahan terus berlaku dan boleh mengancam nyawa ibu atau janinnya, maka pembedahan Caeserean kecemasan mungkin terpaksa dilakukan atau langkah berjaga-jaga akan diambil sehingga janin menjadi lebih matang.

Tidak ada satu peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelak kejadian pendarahan sewaktu mengandung. Walau bagaimanapun, punca pendarahan tersebut perlu diambilkira. Bagi kes abrupsi plasenta, terdapat risiko untuk keadaan ini berulang lagi pada kehamilan yang akan datang. Bagi mengelak abrupsi dari terus berlaku, pengambilan asid folik tambahan adalah disyorkan. Kedudukan plasenta yang rendah atau pendarahan yang berlaku di waktu awal kehamilan - dinasihatkan supaya berehat secukupnya dan elakkan dari mengadakan hubungan kelamin buat sementara waktu.

1 comment:

Anonymous said...

tedahh..cian ktk... =(

Copyright@Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik MaryannyMarol