Backgrounds

shopping baju raya


hye peeps....

kamu-kamu semua dah beli baju raya ke belum? amboi kat mana-mana shopping complex, uptown, bazar pendek dan panjang kata semua tempat yang ada orang berniaga baju raya penuh dengan pelanggan sekarang ni. bersesak-sesak gitu.

actually agak merimaskan la bila terpaksa sesak-sesak dengan orang ramai berebut-rebut nak beli baju raya. kalau kat tempat ada air-cond boleh tahan lagi. tapi kalau bershopping kat tempat ala-ala jalan tar tu memang kena kuat fizikal mental. peluh harus la mencurah-curah macam mandi kan.

untuk elak bersesak i suka shopping awal-awal lagi. boleh buat pilihan dengan tenang je. untuk parent yang ada anak kecil i suggest sila la shopping awal sebelum orang ramai berpusu-pusu keluar shopping. bukan apa, kesian i tengok budak-budak kecil berpanas, menangis sebab rimas. lagi satu i risau budak-budak kecil ni hilang. Yelah, parent sibuk sangat memilih baju kan.

tapi yang tak bestnya pilihan baju-baju yang dijual tak semeriah bila masuk bulan ramadhan la kan. ala i ni cakap je suka shopping awal-awal tapi last minute pun boleh je merayau-rayau menghabiskan duit lagi. sebelum ramadhan dah shopping. tengah ramadhan pun shopping. akhir ramadhan pun shopping lagi. lagi la teruk kan >_< jadi dipendekkan cerita, seronoknya dapat bershopping bersama husband, parent dan  adik beradik. mentang-mentang la semua adik beradik perempuan, jadi insan lelaki yang bernama encik morshidi (ayah) dan en abg kamarul (husband) tu dengan sewenang-wenangnya dibiarkan bershopping berdua yerrr...hihihi..  yelahh... dia orang tak mampu dah nak ikut belakang kita orang,, sbb biasa laaa...pompuan kalau bershopping semua kedai dia orang masuk,,dah tak ingat dunia dah...hihihi...  Haaaa,,,minggu depan akak i yg sulung tu balik KL lagi sbb nk menguruskan ttg pengajian dia kat UKM,,,so dpt la i nk kirim brg yg belum ada lagi nih.. kalau ikutkan hati mcm² lagi nk dibeli...tp cukupla...kan²? Kat jln tar tu kalau dh nak raya tu harga mmg besss sgt!..especially 2-3 hari nk raya...betol tak?




(amik dr mr google-tak bawak camera,, =p )

No comments:

Copyright@Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik MaryannyMarol